Kursus Latihan ICT (Sijil Asas Pembangunan Blog)

30 Mei 2015 | Aktiviti Terkini

Pusat Internet Selising telah mengadakan kursus “Sijil Asas Pembangunan Blog” pada 29 Mei 2015 bertempat di PI Selising. Program ini dijalankan selama sebulan yang akan berakhir pada 12 Julai 2015. Kelas “Sijil Asas Pembangunan Blog”  diadakan sebanyak 2 kali seminggu iaitu pada hari Jumaat dan Sabtu pada sebelah pagi. Program yang dijalankan ini disertai oleh 10 orang peserta yang melibatkan peringkat umur remaja, dewasa dan pesara. Antara tujuan utama kursus “Sijil Asas Pembangunan” dijalankan adalah untuk mencapai matlamat agar setiap peserta dapat membangunkan blog mereka sendiri sama ada untuk berkongsi hobi mereka, menjalankan perniagaan secara dalam talian dan mendapatkan ilmu.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas